nota dahi


Aku kembali yaw!

Misteri Histeria di Sebuah Pejabat Random di Damansara

Tuan Hj. Mohd Yasin mudar-mandir dalam bilik. Entah apa sial yang jadi. Satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa. Bermula dengan keuntungan jatuh, gosip skandal dengan artis opera Kantonis sehinggalah histeria hari ini.

Haiii macam-macam hal!

Histeria terjadi kepada Pengurus Perbendaharaman, Puan Asthma dua hari sebelum Sharifah Rashidah meninggal dunia kerana patah hati secara klinikal. Hari itu Rabu. Sharifah Rashidah bertugas seperti biasa.

Sedang Sharifah Rashidah bermain aplikasi Polyvore, datang seorang produser penkid berwajah jambu. Dia bertanya macam-macam. Sharifah Rashidah hanya menjawab dengan 'Emm.' sahaja.

"Awak mahu apa sebenarnya?" Akhirnya Sharifah Rashidah terpaksa bertanya.

"Oh, saya hanya mahu bateri bersaiz AA untuk papan kekunci cap Epal saya."

"Tapi saya tiada bateri bersaiz AA. Maaf. Bye."

Produser penkid senyum gatal. "Jika tiada, sudikah Sharifah Rashidah keluar makan tengah hari bersama saya, kemudia kita beli bateri bersaiz AA tersebut?"

Mendengarkan hal itu, Sharifah Rashidah lekas-lekas bangun. "Sabajap. Saya ke kedai sekarang juga."

Sharifah Rashidah berlenggang ke Jabatan-yang-tidak-boleh-dinyatakan-di-sini dengan iringan jelingan mata Puan Ghina Ghoyani.

Oleh sebab Jabatan-yang-tidak-boleh-dinyatakan-di-sini tidak boleh sewenang-wenangnya diakses, Sharifah Rashidah menunggu staf mereka keluar atau masuk. Akhirnya keluarlah One Azilah untuk mengintai kekasih hatinya Alam. Sharifah Rashidah pun menyelinap masuk.

Sharifah Rashidah mencari-cari Pengurus Perbendaharaman, Puan Asthma. Rupanya nun di meja si Eifa Roziah sedang mengumpat. Lima minit, Sharifah Rashidah tunggu. Sepuluh minit. Setengah jam. Ya auloh. Banyak betul masa mereka mencanang cerita orang. Bukankah masa yang ada kononnya perlu digunakan untuk mencari keredhaan Tuhan?

Malas menunggu lama, Sharifah Rashidah mencuit bahu Puan Asthma. Terkedu sebentar Puan Asthma dan Eifa Roziah, tidak menyangka ada staf jabatan lain di situ.

Sharifah Rashidah juga tidak menyangka dia sanggup menyentuh Puan Asthma. Babi, carutnya dalam hati. Lepas ini wajib beli Sabun Taharah untuk samak.

Tiba-tiba Puan Asthma melompat katak tiga kali dan menjerit sekuat-kuat hati.

"KAU SIAPA? NAK APA DENGAN AKU? PERGI!! PERGIIIIII!!"

"Em...nak bajet. Beli bateri bersaiz AA."

"AKU TAK KENAL KAU! PERGIIIII PERGIIII!"

Eh pelik juga jika tadi elok mengumpat, sekarang histeria. Itulah orang tua pesan, cakap siang pandang-pandang.

Eifa Roziah cuba memegang bahu Puan Asthma namun gagal. Kudratnya kuat sekali. Lalu Eifa Roziah memanggil Ustaz Shairudin, kot-kot boleh mengubati Puan Asthma yang dirasuk entah jin apa ini.

Setelah dibacakan ayat-ayat ruqyah, Puan Asthma bertarung silat dengan Ustaz Shairudin. Entahlah, silat gayung, silat baldi, atau silat besen. Sharifah Rashidah tak ambil kisah. Dia bukan masyarakat setinggan, suka mengambil tahu hal orang lain.

Hello, Sharifah Rashidah ialah seorang Sharifah, okey!

Malas menunggu lama dan takut seksualitinya menjadi songsang jika gagal membeli bateri bersaiz AA, Sharifah Rashidah ke kedai dan membeli bateri itu dengan mendahulukan wang gajinya sendiri.

Pulang dari kedai, Puan Asthma terbaring keletihan dibantu oleh Ghina  Ghoyani. Mulut perempuan sekampung dengan Rosmah Mansor itu mengomel.

"Apa yang tak kena lagi dengan pejabat ni? Agaknya ada lah staf yang menggatal dan birah yang menjadi sebab masalah." Sambil menjeling ke arah Sharifah Rashidah.

"Atau mungkin orang yang solat berjemaah, baca yasin setiap minggu tapi hati tak ada ketenangan dan berbau longkang." Balas Sharifah Rashidah pula.

Misteri itu masih belum terjawab, sehinggalah kematian Sharifah Rashidah.

TAMMAT.




1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Pembaca Setia