nota dahi


Aku kembali yaw!

Sangam

aku suka bicara tentang lelaki itu. yang duduk di beranda itu melihat laman rumah kami yang bemandi cahaya lampu itu.

waktu-waktu begini dia suka sekali jika dihidangkan secawan kopi pekat dengan sesudu kecil gula dan setengah sudu kecil krimer. jangan terlalu banyak. dia suka jika kopinya panas berasap itu pahit tetapi sedikit manis dan lemak. dia kata hidup ini begitulah. kopilah simbol hidupnya.

dia, sekacak dia sepuluh tahun dahulu, sewaktu kami mula bertemu. kami bertemu pula di pertemuan Ganges dan Yamuna. waktu itu aku sedang menyiapkan tugasan menembak foto untuk sebuah majalah pelancongan. dia pula ke India kerana membeli bekalan marmar putih dari sana, singgah di Allahabad untuk melepaskan tekanan minda.

kami cuma berjumpa begitu, dia nampak aku dan aku pula nampak dia. untuk beberapa ketika kami brbalas renung. itulah kali pertama aku rasa hangat cecair pewarna CT scan mengalir dalam tubuh sewaktu aku bukan berada di hospital.

kemudian untuk tujuh tahun kami terpisah.

ya aku sedang menembak juga di Kuala Lumpur ketika tertembak dia sekali. sekali lagi mata kami merenung masing-masing. dan dia, seperti lelaki budiman Inggeris, mendekati. rasa hangat pewarna CT scan mengalir ke tubuh kembali.

tujuh tahun lalu di India, dia kata.

ya, tujuh tahun lalu di pertemuan Yamuna dan Ganges, aku jawab.

dan hari itu sangama kami.

kemudian kami kahwin dengan harapan gembira bersama. memang gembira, aku tidak tipu. namun diragut dengan kehadiran Sara Watie. Sara Watie yang muncul entah dari mana. Sara Watie yang menganggu bahagia.

tak cukup itu, aku terkejut dengan berita kanser.

terkejut, kecewa, panas pewarna CT scan tidak lagi dirasa. ia diganti dengan dingin cecair kemoterapi pula.

dan dia pula, masih ada sama aku namun masih juga melayan Sara Watie. hingga pada saat-saat terakhir aku mereka datang untuk meminta restu untuk berkahwin. aku berpaling muka, biarlah mereka memujuk. aku cuma senyap hingga hembusan nyawa akhir.

aku ketawa dalam hati melihat lelaki itu.

jadi kau bahagia sama Sara Watie, suami? adakah dia bancuh kopi pekat letak sesudu teh gula dan setengah sudu krimer waktu malam-malam begini? adakah dia duduk sama-sama kamu di balkoni selepas makan malam begini?

jadi mana dia, suami? mana dia?

mana Sara Watie yang datang antara kita, seperti Saraswathy Ghaib yang terbit antara Ganges dan Yamuna?

hah!

HAH!

2 comments:

± said...

gaya penceritaan sangat lemak berkrim. aku prefer ini dari filem hindustan

Martini Muaz said...

anda ni manislah! *peluk* terima kasih!

Pembaca Setia