nota dahi


Aku kembali yaw!

Senja

kenapa senja sentiasa diasosiasi dengan melankolik? aku suka senja. dan hidup aku penuh pahit sedih.

aku tak minta dia setia. cukuplah sekadar tak sakitkan hati aku. cukup dengan tidak membezakan aku dengan yang lainnya. cukup sekadar melayan aku seperti biasa.

tengah hari tadi aku jumpa dia pegang tangan gadis lain waktu aku makan tengahari. aku bukan tak tahu. ya aku tahu sangat dia ramai perempuan. aku juga pelik. kalaulah dia seorang lelaki bernama Harris berkerjaya hebat, berkereta mewah BMW sports buka bumbung dan pakai minyak wangi jenama Paco Rabanne, logik juga.

aku buat tak tahu. sampai habis waktu makan aku naik ke pejabat dan mengurung diri. walaupun bos aku ketuk pintu mahu borak dengan aku, aku senyapkan diri. aku pandang dinding kaca. dengan kaca fragil itu diri aku terpisah dengan udara. jika tiada, rasanya sudah aku buat free fall. jatuh jatuh jatuh setinggi 30 tingkat sudah bisa menghancurluluhkan otak.

aku nekad mahu tinggalkan dia.

dan aku mahu cari seorang Harris berkerjaya hebat, berkereta mewah BMW sports buka bumbung dan pakai minyak wangi jenama Paco Rabanne. mungkin lelaki begitu lebih baik dari dia.

dan senja ini menjadi saksi dinding kaca itu terpecah. dan senja ini jalan tar di bawah menahan berat tubuh aku. dan senja ini makhluk Kuala Lumpur geger melihat seorang gadis dengan organ dalaman semua hancur sehancur cintanya.

gadis ini sedar dia takkan menjumpai Harris dan dia takkan melupakan lelaki yang mempunyai ramai teman wanita itu.

dan mati adalah satu-satunya cara untuk dia bebas.

3 comments:

Edy said...

huisyh. makin "gloomy" rasanya suasana di senja begini ya.

hey, kau tahu wain termahal di dunia? maaf, aku sengaja alih subjek perbicaraan.

± said...

asal kau suka buat entry buno diri lately? tgh frust ke beb?

run aziluz said...

macam yang aku tengah rasa.

sedap.

Pembaca Setia