nota dahi


Aku kembali yaw!

Dalam Kalut Ribut Hasyim Bazooka Terkencheng Dalam Seluar #1

Hasyim amat gagah. malah kerana kegagahan beliau digelar Hasyim Bazooka. ya bukanlah beliau gagah di medan perang. perang apa? mendengar ganyang Malaysia pun beliau terasa mahu lari ke Republik Singapura. bukan gagah itulah, Hasyim Bazooka gagah dengan kejantanan beliau.

dalam Kampong Seri Merenek siapa tidak kenal Hasyim Bazooka? mendengar namanya saja sudah pastilah semua wanita tak kira usia bertempiaran lari bimbang diroket Hasyim lagi. pendek kata Hasyim Bazooka tidak mengenal mangsa. anak dara sunti, tunang orang, bini orang, nenek orang habis semua jadi lauknya.

tinggallah satu-satunya anak dara di dalam kampung itu. si jelita, bermata bulat berambut ikal hitam berkilat guna-jari-pun-boleh. namanya Midah Lenggok. memang sudah menjadi nawaitu Hasyim Bazooka bahawasanya Midah Lenggok akan menjadi mangsa terakhir beliau dalam kampung ini.

Midah Lenggok pula entah kenapa sepertinya tidak takut dengan Hasyim Bazooka. selamba dia melintasi Hasyim Bazooka di kedai runcit Wak Norman. orang-orang kampung berpangkat ahli mesjid juga boleh meleleh ayer liur, inikan pula bila Hasyim Bazooka yang terlihat dia. bukan setakat meleleh ayer liur malahan berdarah hidung melihat keanggunan Midah Lenggok yang berambut siput tinggi berbaju kebaya Kota Bharu warna putih gading.


....feewit! La Mer akan bersambung. Ini cuma iklan...
ya ini juga akan bersambung.

2 comments:

± said...

berjayakah akal sejengkal seperti hasyim bazooka meroketkan midah lenggok?

mungkinkah midah lenggok seorang pembunuh bersiri yg berhijrah dari kampung ke kampung?

atau sejenis hantu?

atau..atau..atau..seronok berimaginasi di sini

Martini Muaz said...

dark half: kamu kan. kamu tuliskan untuk aku, boleh? :p

Pembaca Setia