nota dahi


Aku kembali yaw!

La Mer 4


Avia tersengih. nakal. bunyi cemburu yang datang dari kotak suara Mer sewaktu Mer menyebut namanya seperti menggeletek telinga. 

hey Mer. lepaskan dia sama aku sebentar. aku mahu dia rasa kebebasan terbang. kecut juga lama-lama diselimut air, bukankah begitu gadis?

aku cuba sengih. ya aku setuju. aku sudah mula gigil. tangan aku yang melingkar pinggang Mer semakin kebas. aku mula rindu sampan kayu tadi yang entah di mana hanyutnya dioleng ombak kecil.

jelingan Mer tajam ketika aku menyambut huluran Avia yang berlengan sasa dengan urat biru jelas kelihatan melingkar seperti akar pohon ara. aku agak lega, keluar dari air masin itu. hangat solar mula memeluk setiap inci tubuh.

Avia menyuruh aku tunggangi belakangnya yang timbul tulang tunjang, sayapnya mengepak perlahan.


Mer, aku pinjam dia sebentar ya?

Mer tidak terkutik.


okeylah, akan disambung pabila rajin.




2 comments:

± said...

fantasi menjadi-jadi..antara habitat mer dan avia, siapa pilihan terra ya? tenggelam bisa mati, jatuh dari langit juga bisa mati..hehe

Martini Muaz said...

abang, saya rasa abang ini ada kongsi otak atau ruh dengan saya. mari kita sama-sama tulis! yeah!!! (alasan untuk kemalasan)

Pembaca Setia