dalam Kampong Seri Merenek siapa tidak kenal Hasyim Bazooka? mendengar namanya saja sudah pastilah semua wanita tak kira usia bertempiaran lari bimbang diroket Hasyim lagi. pendek kata Hasyim Bazooka tidak mengenal mangsa. anak dara sunti, tunang orang, bini orang, nenek orang habis semua jadi lauknya.
tinggallah satu-satunya anak dara di dalam kampung itu. si jelita, bermata bulat berambut ikal hitam berkilat guna-jari-pun-boleh. namanya Midah Lenggok. memang sudah menjadi nawaitu Hasyim Bazooka bahawasanya Midah Lenggok akan menjadi mangsa terakhir beliau dalam kampung ini.
Midah Lenggok pula entah kenapa sepertinya tidak takut dengan Hasyim Bazooka. selamba dia melintasi Hasyim Bazooka di kedai runcit Wak Norman. orang-orang kampung berpangkat ahli mesjid juga boleh meleleh ayer liur, inikan pula bila Hasyim Bazooka yang terlihat dia. bukan setakat meleleh ayer liur malahan berdarah hidung melihat keanggunan Midah Lenggok yang berambut siput tinggi berbaju kebaya Kota Bharu warna putih gading.
....feewit! La Mer akan bersambung. Ini cuma iklan...
ya ini juga akan bersambung.
2 comments:
berjayakah akal sejengkal seperti hasyim bazooka meroketkan midah lenggok?
mungkinkah midah lenggok seorang pembunuh bersiri yg berhijrah dari kampung ke kampung?
atau sejenis hantu?
atau..atau..atau..seronok berimaginasi di sini
dark half: kamu kan. kamu tuliskan untuk aku, boleh? :p
Post a Comment