nota dahi


Aku kembali yaw!

M Si Pembunuh

ha, selamat petang.

aku M. si pembunuh. kenapa M, kau tanya. kenapa tidak L atau E atau P atau U atau A? biarlah, biar aku simpan sejarahnya.

dan sekarang dengan muka puas aku melihat mangsa aku yang mati sebentar tadi aku kerjakan. kepala dan anggota lainnya putus. organ dalamannya melimpah keluar. aku sengih. aku tulis dalam diari hari ini pembunuhan dua kali. dua-dua cara yang sama. dan, mayat mangsa aku gemar hanyutkan untuk menghilangkan bukti.

bilakah aku mula membunuh, kau tanya lagi.

ah, baiklah. kau ini betul mahu aku buka buku sejarah ya? baik, baik. biar aku basuh kaki dan tangan dahulu. kotor, aku tidak gemar. biarlah lepas membunuh, sucikan diri kembali. supaya aku pasti aku tidak tinggalkan jejak.

haih. dari mana mahu aku mula? begini. dahulu, aku dikejar mereka. payah mahu cam mereka setiap satu. mereka lebih kurang sama. kadang-kadang aku syak mereka klon. tapi mustahil. mungkin ini agenda Freemason? tak apalah, yang penting aku diburu mereka.

saban malam aku tak lena tidur. kadang-kadang mereka datang. sesekali mereka memasuki bilik ketika aku jaga. itu, boleh tahan lagi, aku masih boleh bergelut dengan mereka. tapi, dua kali, bukan sekali, mereka menyerang aku ketika aku lena tidur dalam gelap.

silap besar.

malam itu mereka kenal siapa M. M, yang dulu hanya menyorok atau melarikan diri malam itu berubah. aku kuatkan keberanian. aku cuba lawan. dan di akhir pergelutan, penyerang-penyerang aku mati bergelimpangan. empat semuanya. aku ketawa. ketawa seronok! lain kali pasti aku akan bikin begitu lagi!! dan, seperti pemangsa yang mengenali mangsanya aku melawan setiap yang datang. tiada satu yang terlepas dari aku. sesungguhnya aku ketagih! nyawa itu aku rasa seperti cikedis saja.

dan tadi, sewaktu aku telanjang mandi, datang musuh berdua. heh. aku tahu. mereka tidaklah selicik mana. makanya aku membunuh dengan penuh berahi seperti menari, aku membelasah mereka. heh. senang sangat.
signatur pembunuhan aku, kepala dan angota terpisah dari badan. perut pecah. aku senyum. puas. puass! membunuh buat aku gembira, dan tanpa sedar aku ketawa.

"Emme! Oi Emme, apa kau gelak sorang-sorang tu?"

oh shit! itu suara emak. baik aku buat-buat tak dengar.

"Emme!!"

"ya mak!"

"apa kau buat lama-lama dalam toilet tu?"

ah, aku terpaksa beritahu. tak boleh bohong pada emak. bohong masuk kategori derhaka. derhaka itu dosa besar.

"bunuh lipas, mak! banyak sangat ni."

"cepat sikit, dah nak Maghrib ni. kau ni kalau tak diketuk, tak bergerak lah kau ni Emme!"

dan atas paksaan itu, aku buka penutup lubang saluran air di lantai dan mencucur air supaya lipas-lipas yang mati itu hanyut ke dalamnya.


sekian. kesian.

8 comments:

Dark Half said...

pertamaxx!

ok, ini memang sgt naisss. we want moarrrr!!

Martini Muaz said...

arrr! arrr!
*gigit lengan*

Edy said...

hard core tuh!!!!!

Arghhhh!!!

Aku.......bercita-cita nak menjadi pembunuh upahan setelah membaca ini.

Demmit -___-"

Martini Muaz said...

Edy: hahaha maaf kerana membunuh inzalmu.

nasyrun said...

adoi
haha

Martini Muaz said...

._. sengal? kehkeh!

thisisbestbro! said...

la...sangat gempak cara pembunuhan tersebut..sungguh bergaya! hahaha(gelak jahat)

ghost writer said...

ya aku pun syak dowang nih ada kaitan dengan agenda freemason.


*dari jauh aku dengar suara jerkah aku.

"hangguk ko lar!"

Pembaca Setia