nota dahi


Aku kembali yaw!

La Mer 5


aku fikir, tinggi-tinggi terbang ke awan, bisa aku menganyam hangat solar di tubuh. ah, salah rupanya. Avia, dia terbang tinggi, dia terbang laju. dan langit tidak beratap itu bagai litar infiniti tidak bergaris. 

Avia, kamu pantas-pantas begini mahu balap sama siapa? 

Avia berdehem seketika. 

sama diri aku sendiri. 

aku persoalkan kenapa dia harus balap sama diri sendiri. bukankah sukar? apakah pengukurnya?

jadi kamu terbang setiap masa?

iya. ini aku. langit ini aku. ia natural, seperti bernafas. dan aku tidak fikir ada keperluan untuk aku mendarat.

maka Avia tidak pernah menjejak tanah, rupanya.

libasan sayap makin laju. dia terbang tegak ke atas, membuat aku jadi seram. serasa kulit ini pedih tergesel angin, perit tersagat awan.

kuasaku, Terra. kekuatanku.

bisik Avia.

langit biru tidak beratap bertukar hitam. tiada lagi awan gebu bagai gula-gula kapas. tiada lagi mata Mer memerhati.

aku lemas. ini bukan untuk aku. ini bukan untuk sesiapa keciali Avia.

turunkan aku, Avia. aku lemas.

tapi kamu tidak lemas di lautan sama Mer, kenapa perlu kamu lemas sama aku di langit, Terra? 

kerana...kerana aku bukan kamu.

dan kamu bukan Mer!!




...bersambung, jika maut belum menjemputku...




No comments:

Pembaca Setia