nota dahi


Aku kembali yaw!

Gadis Touch 'n Go 1


aku menghadap cermin. senja Kuala Lumpur di sebelah ini sama saja. tidak seperti Kuala Lumpur di sebelah sana di mana senjanya jadi saksi kesibukan kereta-kereta mewah menjalar pulang dari ofis. di sini temponya stagnan. di sini, di flat 20 tingkat ini. emak-emak yang menjeri panggil anak, ataupun yang bergaduh dengan suami. atau kanak-kanak yang menjerit bergaduh dengan kawan. atau bangsa-bangsa asing yang menyewa, yang membebel entah apa.

kebisingan sudah sungguh biasa. sehingga aku bosan. ia seperti static noise dari tivi. bising. tapi stagnan.

aku hela nafas. gincu merah SimplySiti dengan kod warna Destinasi Cinta 1 aku tenyeh ke bibir. merah. aku kemam tiga kali dan sapu sekali lagi. selesai, aku bangun dan belek dress paras paha corak harimau. ah, perut dah sedikit buncit. mana tidaknya, sejak aku iklankan servis GFE, ramai yang manjakan aku ke sana-sini.

Ooops, ada habuk sedikit. Mujur aku perasan.

aku kena kurang makan dan lebihkan berjalan!

nada mesej masuk berbunyi. pendek saja. aku berdebar saat membuka peti mesej masuk. tertera nama pelanggan aku. dia kata sudah sampai di bawah. aku balas, tunggu. aku akan turun. dan telefon selular itu aku simpan dalam beg tangan Chanel original yang dihadiahkan oleh seorang pelanggan tetap.

pintu bilik aku buka. dalam kelam-kelam senja menginjak malam aku lihat dua tubuh berpeluk di atas sofa. teman serumah aku dan lelakinya yang entah nombor berapa. ada tiga aket kondom yang telah dibuka, berterabur depan pintu bilik. aku kuis-kuis ke tepi dan keluar terus, kunci pintu dan menapak tangga. alah, tingkat empat saja pun.







...bersambung di celah mentari...


5 comments:

Edy said...

title macam gampang. hahahaha.

sila sambung lagi.

ehem ehem...

± said...

puyoh..lihat sapa pakai gincu simplisiti..kihkih

Martini Muaz said...

aww my fave boys!
edy: saja lah hahaha!

dark: aum! nanti aku pakai. jangan muntah oke. hahahaha

mentega^^terbang said...

auuummmm juga untuk dress corak harimau!!

ahmad said...

aku mahukan leotard corak harimau siap dgn ekor

Pembaca Setia