nota dahi


Aku kembali yaw!

Gadis Touch ' Go 2


aku menapak hati-hati. setiap tangga ada 20 anak tangga. dan entresol. dan dua puluh lagi anak tangga untuk ke tingkat seterusnya. dan di setiap tingkat aku akan berjumpa beberapa orang tetangga. yang menjeling. mencebik pun ada. yang lelaki siul-siul bila lihat aku lalu.


"hai. keluar lagi ke? asyik keluar je, bila nak teman abang pula?" tanya lelaki kurus tinggi yang bersidai di tingkat tiga, disambut ketawa kawan-kawan yang gaya mereka lebih kurang serupa.

"menjalang lah tu." juih mulut siapa entah dari balik pintu unit rumah hujung yang dekat dengan tangga tingkat dua.

di tingkat satu, seorang budak lelaki bermain trisaikel dengan adiknya. memandang aku lalu senyum. "kakak ada coklat?" 

aku geleng. "esok, okey?"

mereka sengih makin lebar. "babai kakak!"

budak-budak. dan kenapa mereka lebih manusia daripada dewasa?

akhirnya kaki aku sampai ke tingkat bawah. di tepi pagar, sebuah Honda City putih nombot plat JOC 8832 menunggu. aku berjalan lambat-lambat. takut juga silap orang. tapi gamitan yang aku terima daripada pemandunya buat aku yakin itulah pelanggan aku yang dipanggil Abang Joe.

aku masuk ke dalam dan menutup pintu. Abang Joe, berumur hujung-hujung 40-an tapi masih berbaki lagi tampannya. dia salam dengan aku, bawa tangan aku ke mulutnya untuk dicium dan selepas itu senyum gatal. setelah lima tahun bekerja begini, aku tahu Abang Joe ini jenis apa. jenis yang sudah biasa makan luar.

"so you mahu ke mana, sayang?"

sayang.
maaflah bakal kekasih. jangan panggil aku sayang nanti.

"ikut you." aku senyum manis, semanis stroberi plastik.



...bersambung lagi



2 comments:

mentega^^terbang said...

abang joe?

siyes teringat ex-opismate..
ah pandangan dia...

± said...

penah makan ke stroberi plastik?

Pembaca Setia