nota dahi


Aku kembali yaw!

Putarkan Dial Itu, Marina!


Rutin Marina biasa. Rutin. Bosan. Pergi kerja jam enam setengah pagi dan pulang empat belas jam kemudian.
Tak cukup masa nak bersosial. Tak cukup masa nak jaga diri. Tak cukup masa segala-gala kalau diikut lojik. Tapi Marina tak kisah. Dia ada mesin basuh. Mesin basuh yang dia letak di satu sudut ruang apartmen studio yang dia sewa itu. Mesin basuh yang memudahkan hidupnya.

Marina pecat satu-satu baju, dari kemeja putih, baju dalam warna pink, seluar hitam dan seluar dalam sedondon baju dalam.

Dia masukkan baju itu, dan baju-bajunya yang dia kumpul dua hari lepas ke dalam mesin basuh dan putar dial dari kosong ke tujuh. Marina tunggu setengah jam, dan selepas mesin itu berbunyi ting ting ting ting ting ting ting, maka siaplah baju-baju yang kini bersih dan selesai terlipat, sama macam minggu lepas.

Marina ketawa. Dia beli mesin masa yang menyamar sebagai mesin basuh ini dengan menggadai rohnya ke Iblyss ketika berhajat di bawah tahi bintang jatuh pada suatu malam yang sunyi dan sedih.

Sekejap lagi Marina nak masukkan arwah Cici kucingnya yang mati dilanggar kereta pagi tadi. Dia nak putar dial itu ke 3 tahun lepas, bila Cici baru dijadikan kucing angkatnya.

Dan Marina berfikir kalaulah dia korek kembali kubur arwah tunangya Daus, rasa-rasanya menjadi, tidak?


Marina ketawa sendirian mengenangkan ide geniusnya.

2 comments:

Unknown said...

er. kamgum. haha.

Ariff Masrom said...

Ada lagi mesin seperti ini? Nak satu. hahaha.

Pembaca Setia