Aku
ternganga ketika beberapa lelaki berdiri di muka pintu bilik hotel
nombor 218 yang atas nama agama menembak kami bertubi-tubi dengan peluru
bahasa bersenjatakan lidah. Aku, yang berpeluh bersama dua lelaki (juga
berpeluh) terkaku dan memandang sesama sendiri. Tilam agak bersepah.
Tiga lapis cadar dan duvet warna krim berada atas lantai. Empat biji
bantal di atas sofa.
Aku
tunggu juga mereka tanya soalan tipikal yang akan mereka ulang tiga
kali (aku tak tahu itu, abang aku yang ceritakan kepada aku sebelum ini)
tapi hampa. Soalan 'Dah kahwin ke belum?' itu langsung tidak
kedengaran.
Adakah
kau fikir seorang perempuan (aku memanggil diri aku perempuan dan bukan
gadis, kerana kegadisan aku sudah hilang sebelum mencapai umur layak
untuk Bat Mitzvah) yang tinggal sama dua orang lelaki dalam sebuah bilik
hotel sebagai pelacur? Aku tahu kamu mengangguk mengiyakan persoalan
tadi.
Aku
muka biasa di hotel ini. Mereka yang kerja di sini kerap lihat aku
masuk keluar bersama beberapa lelaki. Tak siapa peduli pun. Tak siapa
ambil kisah pun. Dan aku perlu tegakkan kebenaran. Aku keluarkan sekeping kertas.
Tuduhan makin liar bila mereka
melihat kertas itu. Mereka kata bagaimana seorang lelaki membenarkan
isteri mereka digauli lelaki lain bersama-sama. Tuhan. Kuatkan lutut aku
untuk berjalan dan meyerahkan kertas ini kepada mereka.Aku hulur,
mereka rampas kertas itu bagai sekawan singa kelaparan merampas daging
dari penjaga zoo.
Sampai hati aku samakan diri aku sendiri dengan penjaga zoo!
Mereka pandang aku. Dan dua orang
lelaki di belakang aku tadi. Dan kertas itu. Dan langkah itu mereka
ulang. Mereka eja kuat-kuat satu perkataan.
"G-E-T-H-A"
Aku angkat kening. Aku jeling ke
tilam lama yang tersandar di luar bilik hotel nombor 218 itu. Aku jeling
lagi ke tilam baru yang susah payah kami angkat tadi ke rangka katil.
Aku tunjuk ke dada uniform yang kami bertiga pakai.
Dan aku ketawa kuat-kuat.
5 comments:
-..-
awalnya sumpah aku dah terhanyut seketika sebelum habis membaca.
celaka! hahahaa! epik!!!
ok kaktini ok
Ahhhhh. Kenapa power sgt buat cerita martini woi!
Post a Comment