nota dahi


Aku kembali yaw!

Anggraini 2

tersambung secara tidak sengaja dari SINI


kamar ibu terbuka pintunya. pelik, kerana ibu seorang yang privasi. sering mengunci diri di bilik walau sewaktu papa ada dulu. tambah pula tengah malam begini.


suatu rasa sengal menikam batang tengkuk Anggraini. walaupun bukan secara fizik, ia menyakitkan. malah, ia membawa bersama rasa yang sudah lama Anggraini buang jauh-jauh.

ketakutan.

lututnya goyah pabila langkah semakin hampir dengan pintu. terasa rambutnya terpacak berdiri tanpa rela. haba panas seakan-akan menerjah, melawan dingin malam. di atas katil, ibu terbaring dengan mata terbeliak, sedang satu susuk hitam tanpa fizik jelas mencekik dari atas.

dari ruang yang terbuka itu Anggraini terdengar suara garau berkata "Mustika Ampal!"


..mungkin akan tersambung...

No comments:

Pembaca Setia