nota dahi


Aku kembali yaw!

Kisah Dongeng Sinderelela (i)

Eh sudah tengah malam!

Sinderelela berlari-lari ke basikal fixie yang ditukarkan oleh Ibu Peri dari kereta mainan yang dijumpa dalam stor rumahnya, tapi dia tersadung lalu tertanggallah kasut Oxford dari kaki kirinya. Dia perlu cepat meninggalkan majlis kenduri doa selamat tersebut. Mujur juga tak jatuh tersembam.

Ibu Peri sudah beri syarat kepada Sinderelela supaya jangan berjimba sehingga tengah malam kerana kuasa sihirnya hanya setakat masa itu saja. Lebih jam 12 malam, segala sihir tak menjadi lagi kerana jin khadam Ibu Peri tak mahu kerja overtime. Maka, segala kecantikan Sinderelela akan hilang dan diganti dengan asalnya dia.



Putera Idaman pula mengejar dari belakang. Mana mampu dia lepaskan gadis berbaju peplume, pakai turban Yuna dan kaki bersarung kasut Oxford? Matanya saja sudah mampu menerobos jiwanya. Tapi gadis itu hilang dari pandangan. Yang ada hanya sebelah kiri kasut Oxford tumit tinggi berkilat warna hitam putih.



...macam biasa, bersambung kalau rajin...

No comments:

Pembaca Setia