nota dahi


Aku kembali yaw!

Misteri Penampakan Arwah Gentayangan di Sebuah Pejabat Random di Damansara

Pada 18 haribulan lepas, pejabat Tuan Haji Muhd. Yasin gegak gempita dengan penampakan hantu. Munculnya tak kira masa. Kak Munah tukang sapu terkena masa kutip sampah. Suaminya Abang Fizo melatah masa nak ambik wudhu Zohor tu. Anak saudara mereka si Atif terperanjat masa berangan jadi Aqasha depan cermin tandas. Masa rehat pula si Aqinah tercabut spek melihat sebunjut susuk putih masa tengah mengunyah di pantri. Kak Zarima melolong masa semak proposal drama. 

Kalau nak sebut satu-satu pengalaman setiap pekerja pejabat Tuan Haji Muhd. Yasin ni, memang tak cukup tenaga jari. Setiap orang terkena hari tu. Setiap orang ada versi penampakan tersendiri. 

Masa pada waktu Asar sebelum berjemaah di surau pejabat, mereka mengadu kepada Ustaz Shairudin. Semua mengadu nampak! Nampak! Nampak! Si Zamir Sotong yang baru balik dari outstation pun menjerit sama. Entah apa yang dia nampak pun tak tahu. Mungkin dia hanya mengikut trend semasa. Ustaz Shairudin pun kaget. Dia ingat dia seorang saja ditegur oleh suara misteri sewaktu membuat pembelian dompet kulit buaya secara online di Lazada.

Dompet idaman Ustaz Shairudin yang dibeli melalui Lazada


Lalu sesudah Asar, Puan Hajah Atiyah Suhairi meminta Ustaz Shairudin menghalau makhluk yang mengganggu. Setelah ditanya seorang demi seorang, ternyata gangguan dan penampakan yang paling kerap terjadi di sebuah kubikel kosong. Kubikel itu dahulu diduduki oleh Sharifah Rashidah, yang meninggal dunia 40 hari lepas akibat patah hati secara klinikal. 

Muncul spekulasi mengatakan gangguan dan penampakan tersebut adalah arwah Sharifah Rashidah yang datang membalas dendam kerana tuntutan kenaikan gajinya sebelum ini tidak dilayan. Maka beramai-ramailah mereka menuju ke kubikel arwah Sharifah Rashidah walaupun perasaan takut itu menyelubungi diri setiap orang.

Di salah sebuah kubikel ini penampakan kerap terjadi.


Lalu Ustaz Shairudin pun melakukan tugasnya. Suasana terang di meja arwah Sharifah Rashidah tiba-tiba bertukar suram dan seram. Komputernya nyala tiba-tiba. Aircond mati tiba-tiba. Lampu berkelip tiba-tiba. Sebentar kemudian, diiringi bau hanyir muncullah penampakan arwah Sharifah Rashidah dalam bentuk pocong. 

Mukanya hancur dimakan ulat. Matanya berlubang. Walaupun begitu bibirnya tersenyum. Ngeri. 

"Mung bakpo maghi sini?" tanya Ustaz Shairudin. 

"Tolong..." 

"Tulong gapo, mung mati doh ken?" 

"Ustaz...tolong..." Tubuh pocong arwah Sharifah Rashidah menggeliat di sebalik kain kafan yang membalut tubuhnya. "Bukak, ustaz. Bos....bos...." 

Tuan Haji Muhd. Yasin telan liur. Ah sudah, katanya dalam hati. Panggil-panggil aku ni dah kenapa? 

"Bos suruh buat surat...." sambung pocong arwah Sharifah Rashidah lagi. 

"Eh, doh mati ken, nok maghi kijo genamorima lagi? Mati tu kiro berenti kijo doh la." Ustaz Shairudin bagi penerangan ringkas. 

Semua mata memandang Tuan Haji Muhd. Yasin. Dia tanggal spek, raup muka. Tanggal songkok, pakai balik. Mundar-mandir selama 7 kali sebelum dia bersuara. 

"Memanglah saya suruh Sharifah Rashidah buatkan surat tapi itu 40 hari lepas. Sharifah Rashidah nak berhenti kerja masa tu. Tapi saya tak bagi!"

Pocong Sharifah Rashidah angguk. "Bos suruh tunggu sampai hujung bulan ni..." 

"Laaaaahhh!" kata mereka beramai-ramai sebelum bersurai. 




...tammat...




2 comments:

mentega^^terbang said...

mula-mula suspen pastu seram last-last lucu.. geli hati kakam :D

Martini Muaz said...

aaaw kakam lagi! <3

Pembaca Setia