nota dahi


Aku kembali yaw!

Misteri Bau Busuk di Sebuah Pejabat Random di Damansara

Cerita ini berlaku beberapa bulan sebelum penampakan pocong arwah Sharifah Rashidah, bahkan beberapa bulan sebelum dia cuba menghantar surat perletakan jawatan atas sebab kenaikan gaji ditolak serta mahu kahwin lari di Batam. Pada ketika itu, Sharifah Rashidah merupakan seorang pekerja yang malas campurtangan hal orang lain, apatah lagi hal jabatan lain.

Pejabat Sharifah Rashidah sering mengadakan get-together di surau. Maklumlah, stok ustaz-ustazah segala macam ada di sana. Tapi Sharifah Rashidah did not give a damn. Apabila Sharifah Rashidah mula menaip di PC, seluruh alam terkeluar daripada mindanya. Tiada lagi kidungmu Lefthanded, tiada lagi muka comel kucingnya Benny, tiada lagi gurauan bakal suaminya Hariz. Fokusnya hanya satu: siapkan kerja untuk pulang tepat jam 5 petang. Tidak boleh lambat, awal jauh sekali.

Di surau dengarnya ada solat jemaah, yang dituntut dalam Islam. Pahalanya banyak, bak kata Anwar Hadi, umpama beli donat sebiji, percuma lagi dua puluh enam. Tapi Sharifah Rashidah peduli apa. Dia tidak sukakan donat, lagipun dia sungguh tidak selesa beramai-ramai. Kadang-kadang apabila sangat terpaksa get-together atau solat bersama yang lain, hidungnya sering tercium bau busuk. Dia tak tahan lalu pura-pura ke tandas tetapi sebenarnya melarikan diri ke kubikelnya kembali.

Pada suatu hari, pihak pengurusan mengarahkan supaya para pekerja bergilir-gilir menjaga meja resepsionis pada waktu rehat tengah hari. Sharifah Rashidah mendapat giliran ke-5. Hari itu hari Jumaat nan syahdu. Ramai pekerja wanita keluar ke pusat beli-belah. Yang lelaki pula (dalam keadaan terpaksa bagi sesetengah mereka) ke masjid. Suasana pejabat menjadi muram dan suram. Pendingin hawa pun terasa semakin sejuk.

Sedang Sharifah Rashidah membaca buku Bagaimana Untuk Membunuh Suami Anda (Serta Tips Rumahtangga Lain), hidungnya tercium bau maha busuk dari jabatan-yang-tidak-boleh-dinyatakan-di-sini. Jabatan itu terletak di sebelah meja resepsionis, yang hanya boleh diakses melalui sebuah pintu besi berkunci. Dibuat begitu kerana semua pekerja jabatan-yang-tidak-boleh-dinyatakan-di-sini paranoid dengan kehadiran pekerja lain.

Atas rasa kurius yang tinggi Sharifah Rashidah cuba mengintai.

Bimbang jikalau ada pekerja jabatan-yang-tidak-boleh-dinyatakan-di-sini meninggal dan membusuk di dalam, Sharifah Rashidah cuba mengintai melalui bawah pintu tetapi gagal. Tiada cahaya pun yang bisa menembusi pintu besi tersebut, cuma bau busuk sahaja semakin kuat. Lalu dia mengatur strategi untuk menyelinap masuk ketika salah seorang pekerja jabatan-yang-tidak-boleh-dinyatakan-di-sini masuk atau keluar sebentar lagi. Tak mungkinlah jika tiada sesiapa pun keluar atau masuk. Tidak berakkah mereka?

Penantian Sharifah Rashidah berakhir apabila One Azilah (mungkin dia anak sulung kerana adiknya yang bekerja di stor dinamakan Two Zaidan) pulang awal. Mungkin kecewa teman lelakinya yang bernama Alam itu memutuskan untuk pergi solat Jumaat dan bukannya makan tengah hari bersama dia. Lalu Sharifah Rashidah berdiri betul-betul di belakang One Azilah. Pintu besi terbuka sedikit, lalu terdengar sayup-sayup suara ketawa yang aneh. One Azilah pula menyapa dengan "Eh korang, ada gosip baru eh?"

Buntang mata Sharifah Rashidah apabila melihat ke dalam jabatan-yang-tidak-boleh-dinyatakan-di-sini. Walaupun sekejap sahaja, dia rasa ingin pulang ketika itu juga. Dalam jabatan-yang-tidak-boleh-dinyatakan-di-sini, terdapat beberapa ekor babi yang comot dengan lumpur, duduk sambil ketawa hik hok hik hok hik hok sambil bergosip.

Dan semua babi itu bertudung.

...tammat...









No comments:

Pembaca Setia