nota dahi


Aku kembali yaw!

Showing posts with label La Mer. Show all posts
Showing posts with label La Mer. Show all posts

La Mer 3

...

barangkali,Terra. kamu suka? 

ya. aku suka. mahu saja aku terjun tapi aku tidak pandai berenang.

Mer terus tarik aku hingga aku tercebur ke dalam air. dingin, basah menyelubungi tubuh aku. terkapai-kapai aku sebentar sebelum lengannya memeluk tubuh aku. air masin masuk mulut, masuk hidung, masuk mata. pedih! bagaimana Mer boleh bertahan dalam air masin sini?

aku terbatuk, mengeluarkan semula air laut dari rongga-rongga. menyedut semula udara. Mer ketawa. pegangannya ke badan aku begitu kejap. aku pula, terpaksa bergantung pada tubuhnya yang dingin, sedingin air laut jernih itu.

tenang. tak usah bergerak. aku akan bantu kamu terapung terus, Terra. 

dan dengan itu dia rangkul tubuh ini terapung paras bahu. dia, tanpa susah payah bergerak ke kanan membawa aku bersama. aku perasan juga kakinya tidak seperti orang berenang, susah payah menendang air. dia, Mer, seperti berjalan.


kamu...

aku Mer, Terra. sepertinya La Mer. lautan ini aku. 

La Mer
Yang kulihat berdansa di teluk
Ada refleksi cahaya berkilau keperakan 

La Mer
bertukar-tukar cahaya mukanya
dibawah rintik hujan

La Mer
luas dibawah langit musim panas
dengan bebiri putih di udara 
dengan bidadari suci yang memerhati
selamanya

oh. 


sepertinya kamu dengan tanah, aku dengan air dan....

OOOAAKKKKKKKKK!! 


gegak di langit kedengaran. cahaya solar yang memanah aku tertutup. aku pandang atas. seorang jejaka bersayap coklat tersengih.

hai. aku...


dia Avia. 





...bersambung di celah mentari....

La Mer 2

...

masih aku berkira-kira. aku pandang kulit dia yang sedikit pun tidak masak dipanah solar. tiada tanda-tanda dia akan naik ke sampan. dan tiada tanda-tanda dia akan kembali berenang di lautan. dia cuma di situ. bertenggek di sisi sampan aku. 

mari. jika takut, aku ada. 

sepertinya dia pandai membaca bahasa minda aku. atau mungkin terlalu jelas aku takutkan air dalam?

mungkin aku cuma rendam kaki saja.

aku bingkas duduk atas sampan itu. aku juntaikan kaki di sisi sampan senget dek tenggekan Mer. kali pertama hujung ibu jari kaki kanan aku cecah air masin itu, aku sudah terasa ingin terjun terus. nyaman sungguh. dingin sungguh! kontras dengan panahan sang solar ke kulit aku.

dengan hati-hati aku lenyapkan kaki aku hingga paras lutut. 

dan aku tersengih.


aku di syurga, barangkali ya Mer?

aku tersengih terus.






adakah benar Terra di syurga? maaf aku sering mengantuk bila menulis. perlu beradu hehe
okey. akan bersambung....

La Mer 1

bising di dapur. aku tahu mama sedang marah. pasal apa, aku malas nak ambil kisah. baik aku berkurung dalam bilik. bilik aku, walaupun sebelah dapur dan jelas dengan hempasan pinggan mangkuk mama, buat aku tenang.

kadang-kadang aku harap juga ada orang cipta vakum bunyi.

dalam kalut ribut di luar yang bagai dilanda taufan megi, dalam bilik aku umpama pulau French Polynesia yang tenang. aku baring atas katil dan bayangkan aku hanyut atas sampan. dari siling putih, aku pejam mata, dan nampak langit biru bertompok awan. matahari menyinar tapi tak berapa terik. cukup-cukup saja untuk buat aku rasa hangat.

bunyi air berkocak, bunyi burung berkicau. rasa bayu berhembus. 

aku, memakai two-piece warna putih dengan topi besar di kepala. tangan aku juntaikan ke sisi sampan, mengocak-ngocak air laut. sejuk. nyaman. memang terasa mahu terjun saja ke laut. 

kreeekkk.... sampan aku beroleng ke kanan. senget. aku dengar bunyi splashh...splashh..lembut, tapi.
hey dara. kenapa seorangan di sampan hanyut? 

aku buka sebelah mata. seorang teruna merehatkan badannya dengan menyangkut kedua-dua lengan di sisi sampan aku, dekat dengan lutut. dari rambutnya menitis air masin, berkilat setiap titiknya. titik-titik itu mengalir ke bawah dengan kuasa hukum alam, terus ke bahu telanjangnya yang sasa berotot. 

saja. 

dia mengalihkan posisinya semakin dekat, kali ini makin mara ke lengan aku. tangan basahnya yang berpaut pada sisi sampan hampir tersentuh dengan lengan aku yang kering bersalut krim pelindung ultra ungu.

kamu patut terjun saja ke air. apa enaknya bermandi hangat cahaya mentari tanpa merasa dingin lautan?

nantilah. 

ah. sebenarnya seumur hidup aku tidak pernah berenang. aku fobia dengan air dalam. aku cuma berani berendam dalam kolam kanak-kanak yang paras pinggang. 

aku Mer. apa nama kamu?
aku kerut dahi. 

Mer? nama apakah itu?

Mer, sepertinya La Mer. lautan. dan kamu belum jawab soalan aku.

aku beritahu dia namaku Terra. ya, sepertinya Terra Cotta. lama berbual. dengan aku atas sampan. dengan dia masih berendam. dia cerita tentang pulau magis ini. air lautnya jernih, pasir pantainya putih. burung camar terbang. bebas tanpa peduli manusia di bawah. 

marilah. terjun. 

aku masih enggan. takut. tak tahu bagaimana untuk bergerak dalam ruang yang tiada gelegar solid untuk aku jejak. 



akankah Terra terjun? bersambung di episod akan datang...






Pembaca Setia