nota dahi


Aku kembali yaw!

Showing posts with label Novelette. Show all posts
Showing posts with label Novelette. Show all posts

Dalam Kalut Ribut Hasyim Bazooka Terkencheng Dalam Seluar #3 [Almost Finale]

betis Midah Lenggok licin. macam diguna Veet. Hasyim Bazooka nampak sehelai batik terlucut, tersungkur di hujung kaki Midah Lenggok. kemudian celana dalam Midah Lenggok yang berwarna hitam. seterusnya kutang warna sama. gumpalan kain itu disepak Midah Lenggok, tepat ke lubang di mana mata Hasyim Bazooka mengintai.

walaupun lubang itu kecil tapi bau Midah Lenggok  menusuk rongga hidung Hasyim Bazooka. bau bunga kemboja. harum. misterius.


Hasyim Bazooka terasa segala bulunya meremang. adakah dia berdebar-debar untuk meroket Midah Lenggok? sungguh aneh rasanya. seperti ada mata memerhati, saja.

bunyi pintu dibuka dan ditutup beberapa kali mengetuk lamunan indah Hasyim Bazooka. dari sudut rumah itu dia ternampak pintu dapur terbuka. cahaya lampu malap menerjah keluar, menyelimut siluet berbentukbadan menggiurkan untuk seketika sebelum hilang.

Midah Lenggok berkemban tuala saja keluar ke jamban yang terletak dalam lima meter dari pintu dapur. bunyi selipar jamban gadis itu yang diseret menggegar jiwa Hasyim Bazooka. tekadnya lebih padu. bagaimana sekali pun, apa pun cara akan diragut kegadisan Midah Lenggok, gadis paling cantik kampung itu.

dengan lutut sedikit ketar, Hasyim Bazooka merapati pintu jamban yang dalamnya diterangi sinar lilin samar-samar. memang menguji kesabaran. kalau perempuan lain, Hasyim Bazooka tak tunggu lama. dia terus terkam saja. tapi untuk Midah Lenggok lain pula. biar dia nikmati tubuh perawan Midah Lenggok dengan matanya dulu, barulah...Midah Lenggok membelakangi intaian Hasyim Bazooka seraya menanggalkan tuala separuh jalan. terserlah belakang badan yang halus kulitnya.

oh Midah, cantiknya! 

"abang Hasyim ke tu?"

Hasyim Bazooka pekup mulut. mana tahu itu dia? adakah pujian penuh nafsu tadi bergema keluar dari mulut juga?

"Midah tahu, abang Hasyim kan? hihi, abang ni malu-malu pula sama Midah." kata Midah Lenggok dengan suara lunak tanpa memandang ke arah intaian Hasyim Bazooka.

bunyi cucuran air jadi selingan antara dialog bisu Hasyim Bazooka degan suara lunak merdu Midah Lenggok. "Midah sudah lama tahu abang Hasyim mahukan Midah. kalau abang Hasyim berani, masuklah. Midah juga sudah lama tertunggu-tunggu akan abang."

dengan nafsu membara, Hasyim Bazooka menolak pintu jamban yang sengaja dibuar tidak berkunci...





...tahan dulu. bersambung. hihi....


Dalam Kalut Ribut Hasyim Bazooka Terkencheng Dalam Seluar #2

Midah Lenggok menjeling manja. sengaja bibirnya yang lebih seksi berbanding pelakon-baru-yang-tak-berapa-nak-berbakat Kilafairy dimuncung sediki ala Marilyn Monroe. sampai sahaja Midah Lenggok di hadapan Hasyim Bazooka, satu senyuman diberi. terserlah lesung pipit kiri kanan Midah Lenggok. terpengsan ahlil mesjid Kampong Seri Merenek dikerjakan senyuman itu. dan secepat itu juga anak dara itu berlalu pergi, meninggalkan Hasyim Bazooka hampir kesawanan.

setelah susah payah berjalan terkepit-kepit pulang ke rumah setelah gagal menyetat motosikalnya, Hasyim Bazooka tidak terus ke bilik ayer seperti biasa. ya, biasaya setelah bersiul-siul melihat gadis cantik Hasyim Bazooka akan masuk ke bilik airnya, memicit mandian buih Dettol Cool ke tapak tangan dan bermulalah aktiviti kurang senonoh sehingga dia inzal. kali ini lain. kali ini Hasyim Bazooka duduk di beranda mengatur strategi.

ya, azamnya untuk menjadikan Midah Lenggok mangsa nafsunya akan dia laksanakan.

malam ini akan dia mengerjakan Midah Lenggok seperti seekor kuda jantan baka Arab melahap lobak merah. malam ini akan dirembes segala air dari tubuhnya kepada Midah Lenggok. malam ini malam penentuan! kalau bukan malam ini, mungkin Hasyim Bazooka akan mati terbeliak mata kerana tidak terlunas hajat.

malam itu, selepas masyarakat Kampong Seri Merenek ke mesjid menunaikan solat Isyak, Hasyim Bazooka terhendap-hendap di rumah Midah Lenggok yang didiami gadis itu dengan neneknya Tok Jurah yang juga pernah menjadi mangsa Hasyim Bazooka beberapa tahun lalu. namun diketahui umum bahawa Tok Jurah sedang berada di Mekah menunaikan umrah sambil membeli-belah.

maka mengendaplah Hasyim Bazooka akan Midah Lenggok yang ketika itu sedang mahu ke jamban untuk mandi. Hasyim Bazooka tak nampak semua. cuma nampak kaki saja cukuplah. itu pun bisa buat Hasyim Bazooka berimajinasi.

kaki Midah Lenggok separas betis itu masih berbalut kain batik. dalam samar lampu kuning bilik Midah Lenggok, Hasyim Bazooka menyaksikan pertunjukan 'strip tease' kata omputih.



...bersambung. lap hidung, ya...



La Mer 3

...

barangkali,Terra. kamu suka? 

ya. aku suka. mahu saja aku terjun tapi aku tidak pandai berenang.

Mer terus tarik aku hingga aku tercebur ke dalam air. dingin, basah menyelubungi tubuh aku. terkapai-kapai aku sebentar sebelum lengannya memeluk tubuh aku. air masin masuk mulut, masuk hidung, masuk mata. pedih! bagaimana Mer boleh bertahan dalam air masin sini?

aku terbatuk, mengeluarkan semula air laut dari rongga-rongga. menyedut semula udara. Mer ketawa. pegangannya ke badan aku begitu kejap. aku pula, terpaksa bergantung pada tubuhnya yang dingin, sedingin air laut jernih itu.

tenang. tak usah bergerak. aku akan bantu kamu terapung terus, Terra. 

dan dengan itu dia rangkul tubuh ini terapung paras bahu. dia, tanpa susah payah bergerak ke kanan membawa aku bersama. aku perasan juga kakinya tidak seperti orang berenang, susah payah menendang air. dia, Mer, seperti berjalan.


kamu...

aku Mer, Terra. sepertinya La Mer. lautan ini aku. 

La Mer
Yang kulihat berdansa di teluk
Ada refleksi cahaya berkilau keperakan 

La Mer
bertukar-tukar cahaya mukanya
dibawah rintik hujan

La Mer
luas dibawah langit musim panas
dengan bebiri putih di udara 
dengan bidadari suci yang memerhati
selamanya

oh. 


sepertinya kamu dengan tanah, aku dengan air dan....

OOOAAKKKKKKKKK!! 


gegak di langit kedengaran. cahaya solar yang memanah aku tertutup. aku pandang atas. seorang jejaka bersayap coklat tersengih.

hai. aku...


dia Avia. 





...bersambung di celah mentari....

La Mer 2

...

masih aku berkira-kira. aku pandang kulit dia yang sedikit pun tidak masak dipanah solar. tiada tanda-tanda dia akan naik ke sampan. dan tiada tanda-tanda dia akan kembali berenang di lautan. dia cuma di situ. bertenggek di sisi sampan aku. 

mari. jika takut, aku ada. 

sepertinya dia pandai membaca bahasa minda aku. atau mungkin terlalu jelas aku takutkan air dalam?

mungkin aku cuma rendam kaki saja.

aku bingkas duduk atas sampan itu. aku juntaikan kaki di sisi sampan senget dek tenggekan Mer. kali pertama hujung ibu jari kaki kanan aku cecah air masin itu, aku sudah terasa ingin terjun terus. nyaman sungguh. dingin sungguh! kontras dengan panahan sang solar ke kulit aku.

dengan hati-hati aku lenyapkan kaki aku hingga paras lutut. 

dan aku tersengih.


aku di syurga, barangkali ya Mer?

aku tersengih terus.






adakah benar Terra di syurga? maaf aku sering mengantuk bila menulis. perlu beradu hehe
okey. akan bersambung....

La Mer 1

bising di dapur. aku tahu mama sedang marah. pasal apa, aku malas nak ambil kisah. baik aku berkurung dalam bilik. bilik aku, walaupun sebelah dapur dan jelas dengan hempasan pinggan mangkuk mama, buat aku tenang.

kadang-kadang aku harap juga ada orang cipta vakum bunyi.

dalam kalut ribut di luar yang bagai dilanda taufan megi, dalam bilik aku umpama pulau French Polynesia yang tenang. aku baring atas katil dan bayangkan aku hanyut atas sampan. dari siling putih, aku pejam mata, dan nampak langit biru bertompok awan. matahari menyinar tapi tak berapa terik. cukup-cukup saja untuk buat aku rasa hangat.

bunyi air berkocak, bunyi burung berkicau. rasa bayu berhembus. 

aku, memakai two-piece warna putih dengan topi besar di kepala. tangan aku juntaikan ke sisi sampan, mengocak-ngocak air laut. sejuk. nyaman. memang terasa mahu terjun saja ke laut. 

kreeekkk.... sampan aku beroleng ke kanan. senget. aku dengar bunyi splashh...splashh..lembut, tapi.
hey dara. kenapa seorangan di sampan hanyut? 

aku buka sebelah mata. seorang teruna merehatkan badannya dengan menyangkut kedua-dua lengan di sisi sampan aku, dekat dengan lutut. dari rambutnya menitis air masin, berkilat setiap titiknya. titik-titik itu mengalir ke bawah dengan kuasa hukum alam, terus ke bahu telanjangnya yang sasa berotot. 

saja. 

dia mengalihkan posisinya semakin dekat, kali ini makin mara ke lengan aku. tangan basahnya yang berpaut pada sisi sampan hampir tersentuh dengan lengan aku yang kering bersalut krim pelindung ultra ungu.

kamu patut terjun saja ke air. apa enaknya bermandi hangat cahaya mentari tanpa merasa dingin lautan?

nantilah. 

ah. sebenarnya seumur hidup aku tidak pernah berenang. aku fobia dengan air dalam. aku cuma berani berendam dalam kolam kanak-kanak yang paras pinggang. 

aku Mer. apa nama kamu?
aku kerut dahi. 

Mer? nama apakah itu?

Mer, sepertinya La Mer. lautan. dan kamu belum jawab soalan aku.

aku beritahu dia namaku Terra. ya, sepertinya Terra Cotta. lama berbual. dengan aku atas sampan. dengan dia masih berendam. dia cerita tentang pulau magis ini. air lautnya jernih, pasir pantainya putih. burung camar terbang. bebas tanpa peduli manusia di bawah. 

marilah. terjun. 

aku masih enggan. takut. tak tahu bagaimana untuk bergerak dalam ruang yang tiada gelegar solid untuk aku jejak. 



akankah Terra terjun? bersambung di episod akan datang...






Hari Mencari Tuhan 2

terasa seperti arus listrik merenjat saraf. aku lihat rupanya jemari doktor tersentuh jemari aku. buat aku terkejut.terenjat. sedikit terencat fikiran.

minumlah air itu, moga dengannya kamu tenang.

aku akur. suaranya makin lunak. aku makin hilang gelisah. lalu gelas kosong itu aku letak di meja kopi walaupun aku mahu sekali memberi ke tangan doktor. biarlah nanti disebut galak pula. aku betulkan duduk. sedikit tegak.

dalam nafas aku hirup. panjang balas helaan aku.

okey, sekarang sudah sedikit lapang, kan?

Angguk.

iya, doc.

sekarang pejam mata kamu. biarkan minda kamu terbang bebas. jangan disekat. jangan fokus. biar ia lepas bebas...

aku tutup mata. aku nampak langit yang biru. aku nampak awan-awan tompok seperti gula-gula kapas yang baru dibuat.

doktor suruh aku tarik nafas dengan panjang, sehingga aku mencapai rileks. aku dapat rasa tubuh aku makin melonggar ototnya. jantung berdegup semakin perlahan. dapat aku rasa aliran darah di kepala tadi beransur lenyap sakitnya. tubuh aku makin dingin. aku rasa nyaman!

biarkan diri kamu hanyut dalam arus yang kamu cipta sendiri dalam minda...

aku nampak sepadang daisy. kuning terbuai-buai dan disebaliknya rumput hijau. aku sedut nafas.
wangi.

wangi seperti perfume. baunya maskulin tapi ada sedikit lembut. aku suka. mungkin vanilla. ya, vanilla. aku terus hanyut dalam minda.

sudah sedia bertemu Tuhan?

iya doc, sudah.

tangan aku rasa hangat. renjatan listrik itu aku rasa lagi. kali ini bukan sesaat seperti tadi. kali ini lama. dan lebih kuat. kali ini sepertinya dada aku hampir pecah.

dan aku terasa bibir aku dikucup.

...



-tammat-



Pembaca Setia