nota dahi


Aku kembali yaw!

La Mer 2

...

masih aku berkira-kira. aku pandang kulit dia yang sedikit pun tidak masak dipanah solar. tiada tanda-tanda dia akan naik ke sampan. dan tiada tanda-tanda dia akan kembali berenang di lautan. dia cuma di situ. bertenggek di sisi sampan aku. 

mari. jika takut, aku ada. 

sepertinya dia pandai membaca bahasa minda aku. atau mungkin terlalu jelas aku takutkan air dalam?

mungkin aku cuma rendam kaki saja.

aku bingkas duduk atas sampan itu. aku juntaikan kaki di sisi sampan senget dek tenggekan Mer. kali pertama hujung ibu jari kaki kanan aku cecah air masin itu, aku sudah terasa ingin terjun terus. nyaman sungguh. dingin sungguh! kontras dengan panahan sang solar ke kulit aku.

dengan hati-hati aku lenyapkan kaki aku hingga paras lutut. 

dan aku tersengih.


aku di syurga, barangkali ya Mer?

aku tersengih terus.






adakah benar Terra di syurga? maaf aku sering mengantuk bila menulis. perlu beradu hehe
okey. akan bersambung....

7 comments:

Dark Half said...

mer tu cuma bayangan ke?
atau terra sedang commit suicide..hmmm

Edy G-Minor said...

oh, penulisan kau seperti tak pernah gagal untuk bawa otak aku ke alam fantasi kau.

nice. keep up the good work ;)

Martini Muaz said...

Dark Half: =.='' adakah kamu versi lelaki aku atau kamu memang seorang psikik?

Edy: terima kasih kerna berjaya imejin. oh ya, a male in his hisatus? gimana? okey sekarang?

Edy G-Minor said...

ahah.

macam yang kau kata, rehat orang macam kita ni memang tak lama.

aku cuba bertahan lama. tapi tentu saja terlalu banyak negativiti yg aku pendamkan. nampaknya satu cara yang paling tepat buat aku ialah dengan memuntahkan semuanya. ya kan?

Martini Muaz said...

edy: ya betul. aku sudah muntah tapi apakan daya memori sering menyumbat kepahitan itu lagi dan lagi. haih.

ghost writer said...

rugi kalau hanya masukan hingga paras lutut..

tapi kalau ianya sudah terbayang syurga bagaimana kalau sepenuhnya dibenamkan,pasti betul-betul dalam syurga.dinikmati terus!enak toh..

maka bila sudah usai peraduan lebih nyaman.

Martini Muaz said...

ghost writer: akan, akan.

Pembaca Setia