nota dahi


Aku kembali yaw!

La Mer 3

...

barangkali,Terra. kamu suka? 

ya. aku suka. mahu saja aku terjun tapi aku tidak pandai berenang.

Mer terus tarik aku hingga aku tercebur ke dalam air. dingin, basah menyelubungi tubuh aku. terkapai-kapai aku sebentar sebelum lengannya memeluk tubuh aku. air masin masuk mulut, masuk hidung, masuk mata. pedih! bagaimana Mer boleh bertahan dalam air masin sini?

aku terbatuk, mengeluarkan semula air laut dari rongga-rongga. menyedut semula udara. Mer ketawa. pegangannya ke badan aku begitu kejap. aku pula, terpaksa bergantung pada tubuhnya yang dingin, sedingin air laut jernih itu.

tenang. tak usah bergerak. aku akan bantu kamu terapung terus, Terra. 

dan dengan itu dia rangkul tubuh ini terapung paras bahu. dia, tanpa susah payah bergerak ke kanan membawa aku bersama. aku perasan juga kakinya tidak seperti orang berenang, susah payah menendang air. dia, Mer, seperti berjalan.


kamu...

aku Mer, Terra. sepertinya La Mer. lautan ini aku. 

La Mer
Yang kulihat berdansa di teluk
Ada refleksi cahaya berkilau keperakan 

La Mer
bertukar-tukar cahaya mukanya
dibawah rintik hujan

La Mer
luas dibawah langit musim panas
dengan bebiri putih di udara 
dengan bidadari suci yang memerhati
selamanya

oh. 


sepertinya kamu dengan tanah, aku dengan air dan....

OOOAAKKKKKKKKK!! 


gegak di langit kedengaran. cahaya solar yang memanah aku tertutup. aku pandang atas. seorang jejaka bersayap coklat tersengih.

hai. aku...


dia Avia. 





...bersambung di celah mentari....

7 comments:

Edy said...

Cantik.

pandai kau kembangkan plotnya.

jujur aku cakap, aku akan nntikan sambungannya ;P

martini said...

ya? unsangkarable :p

± said...

sapelah martini muaz ni kan?
cam kata edy, cantik! dan sangat literacy...

martini said...

dark half: siapa pula di sebalik dark half, ya? ;)
terima kasih.

Anonymous said...

wow!



hurm. siapa ni ya? bau-bau bahasa seakan-akan kenal. mungkin lah.

martini said...

>:)

Qiez AR said...

jejaka bersayap coklat ni nama Avia ya?

nanti dah ada watak gadis bersayap merah jambu sila namakan Labia pula, ok? (sila google imej "labia")





p/s: this is VERY nice, babe.

Pembaca Setia