nota dahi


Aku kembali yaw!

Senja II

baca Senja di sini


rupanya aku belum mati. rupanya yang berkecai di jalanan ketika matahari gelincir senja tadi cumalah jasad.

sebelum jasad aku sampai ke aras lantai di mana pak cik teksi menunggu pelanggan, perempuan-perempuan berskirt pendek memakai blazer hitam membawa fail itu ini di tangan, pengemis yang kudung kakinya tapi buta itu dibuat-buat menadah mangkuk, sepasang remaja melepak minum minuman ringan kerana masih awal menjamah alkohol, malaikat maut sudahpun datang bertemu aku. 

dia tarik aku keluar. katanya belum masa aku mati, tapi apakan daya jasad sudah tidak berdaya. jadinya kini aku perlukan jasad baru. seeloknya yang sedang bertempur dengan malaikat maut lain, supaya tidaklah lahanat sangat keadaan isi perut nanti. 

dan ketika ini aku bertemu Haris. iya, Harris berkerjaya hebat, berkereta mewah BMW sports buka bumbung dan pakai minyak wangi jenama Paco Rabanne. yang kini meratap di sebelah isterinya yang lunyai tidak bergerak, hanya dibantu mesin-mesin yang bermain tarik ruh dengan malaikat maut. 

urusan sugguh lancar. ruhnya ditarik, dan aku ditolak masuk ke dalam jasad isteri Haris, dan begitulah kehidupan aku bermula dengan Haris di sisi. 

untuk seminggu. 

dan kemudian Haris kerap pulang mabuk bawa betina entah mana, menghenjut katil bilik kosong di rumah Haris sepertinya aku patung hiasan. 

dan aku fikir kenapa belum masanya lagi walhal setiap perkara dalam dunia ini seakan berkomplot untuk menghancurkan jiwa aku? 

 lalu pada senja kedua selepas Haris baru keluar pergi berjoli, aku beredam dalam tab mandian, menikmati bau harum sabun mahal sebelum sebuah pembakar roti yang aku sambungkan ke palam, aku peluk masuk ke dalam air. 

 dan aku fikir aku akan bahagia.


Pembaca Setia