nota dahi


Aku kembali yaw!

Mengejar Pelangi


sungguh ketika kecil dulu aku fikir apa yang orang tua kata, bahawa pelangi itu ialah naga. pelangi yang jarang-jarang sekali muncul di langit akan aku tenung lama, leka, sehingga hilang ditutup panas matahari. mungkin kerana leka itu - tidak makan, tidak keluar bermain bahkan tidak langsung aku usik buku mewarna - nenek melarang aku dengan cerita naga.

setelah empat tahun mendengar cerita naga, aku terdidik dengan sistem aliran kolonial yang memuji keindahan pelangi, dengan cerita kononnya di hujung 'naga' tadi bukanlah mata besar, tanduk panjang dan gigi tajam dalam mulut terbuka luas maha majestik tetapi timbunan emas dalam tempayan.

lalu seramai lima belas orang budak tadika tadi meletakkan mimpi untuk mengejar pelangi.

dan lucunya semalam aku jumpa puncak pelangi ketika berjalan kaki pulang dari seven-E. ia timbul di atas aspal seperti kedua-dua hujungnya tertanam. aku cuba tujah dengan hujung ibu jari kaki. solid dan slik.

dan tiba-tiba aku bertukar pakaian. bukan lagi seluar yoga dan t-shirt tetapi pinafor putih petak-petak hijau seragam tadika.

pelangi tadi bagai gelongsor yang bila aku gelongsor turun setiap kali, timbul bintang-bintang dan bau stroberi. puas bermain, aku korek aspal untuk merebut emas dalam tempayan.

satu kaki dalam. tiada apa-apa.

dua kaki dalam. masih tiada apa-apa.

enam kaki dalam, aku jumpa rambut putih. aku selak dan nampak lubang anus yang daripadanya keluar pelangi tadi. eh, sungguh gay rasanya. bunyi dengusan kedengaran membuatkan aku kaget. sebelum sempat lari, anus itu membalik ke belakang dan muncul muka seekor unikon.

"tolong jangan kacau aku berak!" unikon jerit.

aku pengsan terus. pagi ini aku bangun di tepi pagar rumah dengan sebotol Heineken di tangan kanan dan sepaket Skittles di tangan kiri.

sekian.

No comments:

Pembaca Setia